Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Selasa, 11 November 2014

PROGRAM SEPAKAT AS SYURA DAN PERKELAHAN PERDANA

Pada hari Ahad 9 November 2014, pihak sekolah telah menganjurkan Program Sepakat As Asyura dan Perkelahan Perdana. Program ini mensasarkan penyertaan 59 orang pelajar Tingkatan 3, 18 orang pelajar Pendidikan Khas, semua guru dan staf serta AJK PIBG.
Berikut antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

1. Sesi menyediakan bahan masakan untuk bubur asyura disediakan oleh semua pihak yang terlibat.

 






 2. Sesi memanaskan kawah. Semua guru, staf dan pelajar saling bekerjasama untuk memastikan bubur dimasak dengan sempurna.






3. Kelihatan Tuan Pengetua juga sibuk mengacau bubur yang dimasak.





4. Pada masa yang sama, solat jemaah dan motivasi disampaikan oleh Ustaz Saiful pada semua pelajar. Selesai solat zohor berjemaah, semua guru, pelajar dan staf menerima agihan bubur asyura yang siap dimasak.





Isnin, 13 Oktober 2014

Program Ibadah Korban dan Solat Hajat

Program dijalankan pada 7 Oktober 2014 membabitkan semua guru dan waris pelajar Tingkatan 3 dan 5. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 2 petang.


1. Kelihatan guru-guru  dan staf sibuk memotong daging korban untuk dimasak.

 


2. En. Masrul sebagai tukang masak hari ini.






3. Guru-guru perempuan juga sibuk menyediakan bahan masakan.




4. Pengetua bersama guru kanan bahasa semasa ceramah motivasi di surau sekolah.

 
5. Ustaz Nizam, imam Masjid Al-Wustha sedang memimpin bacaan Yasin dan Solat Hajat.






6. Sesi menjamu selera bersama waris.




Khamis, 11 September 2014

Hari Kokurikulum 2014

Pada 10 dan 11 September 2014, pihak sekolah telah menganjurkan Hari Kokurikulum 2014. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan antaranya ialah larian berhalangan, pameran kenderaan, gerai jualan, forum perdana dan sebagainya.

1. Pelajar yang mengikuti aktiviti larian berhalangan.






2. Aktiviti pertandingan masakan yang disertai oleh peserta perkhemahan pada hari tersebut.




  


3. Forum Perdana yang dijalankan pada waktu malam dipengerusikan oleh  Ustz Hashim Bin Othman dan ahli panel jemputan terdiri daripada Syeikh Ahmad Fisol Bin Omar dan Syeikh Abdullah Bin Awang Sa. Semua waris dan penduduk tempatan datang memeriahkan majlis.








4. Pada hari kedua 11 September, berlangsungnya pelbagai aktiviti menarik antaranya gerai jualan, sukaneka, pameran agensi luar dan sebagainya. Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti memeriahkan lagi acara yang berlangsung.









5. Akhir sekali penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua kepada peserta kem dan pelajar yang memenangi pertandingan sepanjang berlangsungnya Hari Kokurikulum 2014 pada kali ini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...