Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ahad, 29 September 2019

Bengkel Google Classroom

Sekolah menyahut seruan kementerian untuk melaksanakan Google Classroom semasa PdPc selaras dengan PAK21. Bengkel diberi kepada semua guru SMK Batu 17 sebagai persediaan awal sebelum PdPc bersama pelajar.

Rabu, 25 September 2019

Anugerah Permata 2019

Anugerah Permata 2019 berlangsung pada 25 September 2019 disampaikan kepada para pelajar dan guru yang cemerlang dalam aktiviti Kokurikulum tahun 2019.

Anugerah Permata kali ini dirasmikan oleh Y. Bhg Tuan Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, Penyelaras Parlimen Jerai.

Ahad, 15 September 2019

Program Bubur Asyura

Program disertai oleh pelajar dan guru SMK Batu 17. Bubur yang siap dimasak telah diedarkan kepada semua warga sekolah.


Isnin, 15 Julai 2019

Taklimat kesihatan pergigian

Taklimat kesihatan pergigian telah disampaikan oleh beberapa orang doktor gigi dari klinik kesihatan terdekat.
Taklimat ini memberi pendedahan tentang penjagaan gigi yang betul serta rawatan pergigian yang akan dilakukan terhadap pelajar yang menghadapi masalah pergigian di sekolah.


Khamis, 21 Mac 2019

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-34 2019

Pada 21 Mac 2019, telah berlangsung acara tahunan sekolah iaitu Mesyuarat Agong PIBG kali ke-34 bertempat di Dewan Dato' Paduka Abdullah, SMK Batu 17.

Pada tahun ini diadakan perlantikan YDP PIBG, AJK Guru dan AJK Waris yang baharu. Majlis berlangsung dengan sempurnanya dengan penyertaan daripada waris yang hadir.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Haji IR Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi iaitu Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah.




Khamis, 14 Mac 2019

Warna Warni Hari Sukan Sekolah 2019

Pada 14 Mac 2019, telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang 2019 SMK Batu 17. Pada kali ini, kejohanan telah dijalankan bersama-sama SK Ulu Sedaka di padang SMK Batu 17. Turut serta pada hari terbabit ialah SK Pei Hwa, SK Padang Lumat, dan para waris.

Kemeriahan dapat dirasai apabila hiasan rumah sukan dan kawad kaki dipertandingkan oleh kedua buah sekolah.
Tahniah diucapkan!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...