Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 16 April 2018

GURU PENYAYANG DAN ANUGERAH (PERHIMPUNAN RASMI)

Pada 16 April 2018 bersempena dengan perhimpunan rasmi sekolah yang lalu, berlaku beberapa aktiviti yang penting di sekolah.

Aktiviti pertama ialah penyampaian sijil dan pingat kepada pemenang-pemenang pertandingan taekwondo tertutup yang lalu.
Majlis dikendalikan oleh Puan Shafidah selaku guru taekwondo sekolah dan disempurnakan oleh tuan pengetua, En. Mohd Yaziz bersama-sama PK Kokurikulum, Pn. Rodziah.

Berikut merupakan gambar-gambar pemenang.




Sabtu, 14 April 2018

KEJOHANAN GALAXY TAEKWONDO TERTUTUP KEDAH

Pada hari Sabtu, 14 Mac 2018, telah diadakan Kejohanan Galaxy Taekwondo Tertutup bertempat di SMK Batu17. Kejohanan ini telah disertai oleh:

  1. SMK Batu 17
  2. MRSM Pendang
  3. SMK Pendang
  4. SMK Tunku Temenggung
  5. SMK Jitra
  6. UTC Alor Setar
Seramai 88 peserta telah mengambil bahagian dan pelbagai kategori telah dipertandingkan. Kejohanan bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir sekitar jam 6.30 petang. Majlis penutup pula telah disempurnakan oleh YDP PIBG SMK Batu 17.

Kerjasama yang baik antara guru-guru SMK Batu 17 dan pihak penganjur Galaxy Taekwondo telah melancarkan lagi kejohanan kali ini. Apa yang membanggakan, kejohanan ini juga dihadiri oleh ramai ibu-bapa yang telah datang untuk memberi sokongan untuk anak-anak mereka. Syabas diucapkan!

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti yang telah dilangsungkan.







Rabu, 11 April 2018

AKTIVITI BULAN TEKNIK & VOKASIONAL

Pada hari Rabu, 11 April 2018 telah dijalankan satu aktiviti sempena bulan teknik & vokasional pada waktu selepas persekolahan. Aktiviti bermula pada pukul 2.15 petang dan berakhir pada pukul 4.00 petang.

Aktiviti melibatkan semua pelajar Tingkatan 1-5 yang bertempat di surau dan di kantin sekolah. Aktiviti yang dijalankan ialah kuiz Pertanian, Perdagangan, RBT dan ICT. Semua guru telah terlibat dalam menjayakan aktiviti kali ini.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang aktiviti dijalankan.



Isnin, 9 April 2018

MAJLIS PELANCARAN BULAN TEKNIK & VOKASIONAL

Pada hari Isnin, 9 April 2018, telah dilancarkan majlis perasmian bulan Votek (1-30 April 2018) bertempat di tapak perhimpunan sekolah.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Batu 17, En. Mohamad Yaziz Bin Mohd Isa.

Tema Bulan Teknik & Vokasional pada tahun ini ialah:
 TEKNOLOGI MENJANA MODAL INSAN BERKEMAHIRAN.

Majlis dianjurkan oleh Panitia KHB/RBT, Panitia Perniagaan, Panitia Perdagangan dan Unit ICT.

Berikut merupakan gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.





Sesi menyemai benih Permata Hebat disempurnakan oleh Tuan Pengetua dan PK Pentadbiran.

Rabu, 4 April 2018

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM

Pada hari Rabu, 4 April 2018 telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Islam bertempat di SMK Batu 17. Karnival ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam, dibantu oleh semua guru-guru dan disasarkan kepada semua pelajar SMK Batu 17.

Aktiviti bermula pada pukul 2.30 ptg dan berakhir pada pukul 4.00 ptg. Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  1. Tilawah
  2. Hafazan
  3. Azan
  4. Tulisan Jawi
  5. Bacaan Jawi
  6. Khat
  7. Nasyid
Semua aktiviti dipertandingkan untuk dinilai oleh guru-guru yang dilantik sebagai hakim. 
Aktiviti berjalan dengan lancar sepanjang berlangsungnya karnival ini. Tahniah! 

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang aktiviti berlangsung.



Ahad, 1 April 2018

PROGRAM REMAJA: HATINYA MENCINTAI MASJID

Pada hari Rabu, 28 Mac 2018 berlangsung satu program yang dinamakan Program Remaja: Hatinya Mencintai Masjid, anjuran bersama Masjid Al-Huda Batu 17, Majils Agama Islam Negeri Kedah dan juga SMK Batu 17.

Tujuan program diadakan untuk memupuk semangat remaja terutama para pelajar SMK Batu 17 mendekatkan diri dengan masjid serta membina sahsiah terpuji mereka.

Program ini disasarkan kepada 116 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Batu 17 bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 2.00 petang.

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan.


Ceramah disampaikan oleh Penolong Kadi Daerah Baling, Syeikh Rashdan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...