Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 21 Mac 2019

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-34 2019

Pada 21 Mac 2019, telah berlangsung acara tahunan sekolah iaitu Mesyuarat Agong PIBG kali ke-34 bertempat di Dewan Dato' Paduka Abdullah, SMK Batu 17.

Pada tahun ini diadakan perlantikan YDP PIBG, AJK Guru dan AJK Waris yang baharu. Majlis berlangsung dengan sempurnanya dengan penyertaan daripada waris yang hadir.

Majlis dirasmikan oleh YB Dato' Haji IR Phahrolrazi Bin Mohd Zawawi iaitu Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah.




Khamis, 14 Mac 2019

Warna Warni Hari Sukan Sekolah 2019

Pada 14 Mac 2019, telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang 2019 SMK Batu 17. Pada kali ini, kejohanan telah dijalankan bersama-sama SK Ulu Sedaka di padang SMK Batu 17. Turut serta pada hari terbabit ialah SK Pei Hwa, SK Padang Lumat, dan para waris.

Kemeriahan dapat dirasai apabila hiasan rumah sukan dan kawad kaki dipertandingkan oleh kedua buah sekolah.
Tahniah diucapkan!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...