Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Rabu, 1 Januari 2014

Sejarah Sekolah

SEKOLAH DAN KOMUNITI

Mula ditubuhkan pada Januari 1983 bermula dengan pengambilan sekumpulan pelajar tingkatan 1 dan menumpang di SK Ulu Sedaka. Pada 17 Januari 1984, sekolah ini siap sepenuhnya di atas tapak seluas 21 ekar dengan enrolmen seramai 255 orang, 15 guru dan 2 orang staf sokongan.

Pembangunan fizikal sekolah yang terkini mempunyai 3 blok akademik, 1 blok makmal komputer, 1 blok bengkel kerja Kemahiran Hidup, 1 buah surau An-Nur dan 2 blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Enrolmen sekolah seramai 320 orang pelajar, 34 orang guru, dan 7 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Sekolah ini pernah mendapat Tawaran Baru Bai'ah pada tahun 2015.

Mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada pelajar ialah subjek Pertanian, Perniagaan, Geografi, dan Pendidikan Seni Visual (PSV).

Sekolah ini juga mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Bermasalah Pembelajaran dan mula beroperasi pada Apri 2009. Kini, program ini mempunyai 2 blok iaitu Blok Mawaddah dan Blok Mahabbah. Pelajar PPKI terkini adalah seramai 40 orang.

"PERMATA HEBAT" merupakan tagline sekolah, akan dimantapkan lagi sebagai wadah perjuangan warga SMK Batu 17. Etos Kadet Pertahanan Awam (KASPA) terus dibina keupayaannya dalam melahirkan murid yang berketrampilan dan berakhlak mulia.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...