Khamis, 18 Januari 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018

Pada 18 Januari 2018 yang lalu, telah berlangsung acara tahunan sekolah iaitu Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bertempat di kawasan sekitar SMK Batu 17, Padang Lumat.

Sasaran utama aktiviti adalah kepada semua warga SMK Batu 17 terutama para pelajar yang menyertai larian ini.

Kejohanan berlangsung dengan meriah walaupun dilangsungkan secara sederhana dan memberi kenangan yang manis kepada para pelajar serta warga kerja SMK Batu 17. Tahniah!

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang aktiviti berlangsung.

 Taklimat kejohanan oleh En Mohamed Farid


Isnin, 1 Januari 2018

WARGA SMK BATU 17 2018

Barisan guru dan pelajar SMK Batu 17 bergambar bersama untuk sesi 2018.


Selasa, 11 November 2014

PROGRAM SEPAKAT AS SYURA DAN PERKELAHAN PERDANA

Pada hari Ahad 9 November 2014, pihak sekolah telah menganjurkan Program Sepakat As Asyura dan Perkelahan Perdana. Program ini mensasarkan penyertaan 59 orang pelajar Tingkatan 3, 18 orang pelajar Pendidikan Khas, semua guru dan staf serta AJK PIBG.
Berikut antara gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

1. Sesi menyediakan bahan masakan untuk bubur asyura disediakan oleh semua pihak yang terlibat.

 






 2. Sesi memanaskan kawah. Semua guru, staf dan pelajar saling bekerjasama untuk memastikan bubur dimasak dengan sempurna.






3. Kelihatan Tuan Pengetua juga sibuk mengacau bubur yang dimasak.





4. Pada masa yang sama, solat jemaah dan motivasi disampaikan oleh Ustaz Saiful pada semua pelajar. Selesai solat zohor berjemaah, semua guru, pelajar dan staf menerima agihan bubur asyura yang siap dimasak.





Isnin, 13 Oktober 2014

Program Ibadah Korban dan Solat Hajat

Program dijalankan pada 7 Oktober 2014 membabitkan semua guru dan waris pelajar Tingkatan 3 dan 5. Majlis bermula pada pukul 8 pagi dan tamat pada pukul 2 petang.


1. Kelihatan guru-guru  dan staf sibuk memotong daging korban untuk dimasak.

 


2. En. Masrul sebagai tukang masak hari ini.






3. Guru-guru perempuan juga sibuk menyediakan bahan masakan.




4. Pengetua bersama guru kanan bahasa semasa ceramah motivasi di surau sekolah.

 
5. Ustaz Nizam, imam Masjid Al-Wustha sedang memimpin bacaan Yasin dan Solat Hajat.






6. Sesi menjamu selera bersama waris.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...