Pada hari Khamis 30 Januari lalu, telah selesai aktiviti merentas desa (Fun Run) peringkat sekolah. Aktiviti berlangsung di kawasan sekitar sekolah. Semua pelajar terlibat dengan larian ini di bawah pengawasan guru-guru dan staf SMK Batu 17.
Terdapat beberapa kategori telah dipertandingkan untuk pelajar. Mereka juga berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah yang disediakan. Setiap hadiah adalah sumbangan dari guru-guru, PIBG sekolah, serta orang perseorangan. Tahniah diucapkan kepada yang terlibat.
ASAL BATU JADI PERMATA
Khamis, 30 Januari 2020
Rabu, 1 Januari 2020
Ahad, 29 September 2019
Bengkel Google Classroom
Sekolah menyahut seruan kementerian untuk melaksanakan Google Classroom semasa PdPc selaras dengan PAK21. Bengkel diberi kepada semua guru SMK Batu 17 sebagai persediaan awal sebelum PdPc bersama pelajar.
Rabu, 25 September 2019
Anugerah Permata 2019
Anugerah Permata 2019 berlangsung pada 25 September 2019 disampaikan kepada para pelajar dan guru yang cemerlang dalam aktiviti Kokurikulum tahun 2019.
Anugerah Permata kali ini dirasmikan oleh Y. Bhg Tuan Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, Penyelaras Parlimen Jerai.
Anugerah Permata kali ini dirasmikan oleh Y. Bhg Tuan Akhramsyah Muammar Ubaidah bin Sanusi, Penyelaras Parlimen Jerai.
Ahad, 15 September 2019
Program Bubur Asyura
Program disertai oleh pelajar dan guru SMK Batu 17. Bubur yang siap dimasak telah diedarkan kepada semua warga sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)