Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Khamis, 13 Februari 2020

Program Jaya Waris Bersama Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2020

Program Jaya Waris tahun ini dilaksanakan bersama-sama dengan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua waris yang layak menerimanya.

Majlis perasmian berlangsung di Dewan Dato' Paduka Abdullah, SMK Batu 17 dan disempurnakan oleh Tuan Haji Idris Bin Osman. Majlis bermula dengan ucapan aluan Tuan Pengetua SMK Batu 17, Pn. Hjh. Rusni Binti Ahmad. Dalam ucapannya, beliau membentangkan laporan pencapaian pelajar-pelajar dan target SPM 2020. Beliau berharap semua waris dapat memainkan peranan dalam prestasi pelajaran anak masing-masing.

Setelah selesai majlis di dewan, semua waris bergerak ke kelas anak-anak mereka untuk menerima wang Bantuan Awal Persekolahan 2020.

 Foto, Sila Klik Link berikut: Galeri foto

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...