Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Ahad, 1 April 2018

PROGRAM REMAJA: HATINYA MENCINTAI MASJID

Pada hari Rabu, 28 Mac 2018 berlangsung satu program yang dinamakan Program Remaja: Hatinya Mencintai Masjid, anjuran bersama Masjid Al-Huda Batu 17, Majils Agama Islam Negeri Kedah dan juga SMK Batu 17.

Tujuan program diadakan untuk memupuk semangat remaja terutama para pelajar SMK Batu 17 mendekatkan diri dengan masjid serta membina sahsiah terpuji mereka.

Program ini disasarkan kepada 116 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Batu 17 bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 2.00 petang.

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti yang telah dijalankan.


Ceramah disampaikan oleh Penolong Kadi Daerah Baling, Syeikh Rashdan




Pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan


Penyampaian sijil penghargaan daripada Penolong Kadi Daerah Yan, Syeikh Shuid




Ucapan penutup daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Khaled Bin Ahmad




Pelajar menjamu selera setelah tamat program

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...