Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Isnin, 16 April 2018

GURU PENYAYANG DAN ANUGERAH (PERHIMPUNAN RASMI)

Pada 16 April 2018 bersempena dengan perhimpunan rasmi sekolah yang lalu, berlaku beberapa aktiviti yang penting di sekolah.

Aktiviti pertama ialah penyampaian sijil dan pingat kepada pemenang-pemenang pertandingan taekwondo tertutup yang lalu.
Majlis dikendalikan oleh Puan Shafidah selaku guru taekwondo sekolah dan disempurnakan oleh tuan pengetua, En. Mohd Yaziz bersama-sama PK Kokurikulum, Pn. Rodziah.

Berikut merupakan gambar-gambar pemenang.














Aktiviti kedua ialah sesi potong kek bersama tuan pengetua sempena dengan program sekolah penyayang. Majlis diacarakan oleh Pn. Yuhanis, Kaunselor Sekolah. Majlis disambut dengan meraikan semua pelajar tingkatan 1-5 yang lahir dari bulan Januari - April. Majlis turut meraikan guru-guru yang lahir pada bulan tersebut.

Berikut merupakan gambar-gambar acara tersebut.














Aktiviti ketiga pula, PK Pentadbiran, En. Khaled telah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru atas pencapaian SPM 2017 yang lalu. SMK Batu 17 telah dianugerahkan 
  1. Tertinggi peratus lulus semua mata pelajaran
  2. Tertinggi peratus layak sijil
Anugerah tersebut bagi peringkat daerah Kuala Muda/Yan. Sijil tersebut telah disampaikan kepada tuan pengetua bersama GKM Sains.





Aktiviti terakhir pada perhimpunan rasmi tersebut, En. Khaled telah mengumumkan seorang pelajar cemerlang yang sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah. Pelajar tersebut ialah Mohd Saiful Bin Yuzni dari kelas 3 AK. Beliau sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua mata pelajaran. Diharap prestasi beliau akan menjadi contoh buat pelajar-pelajar yang lain. Tahniah!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...